malay jokes

Sorting: Latest | Popular | Pending
Suami baru pulang lepas kerja Isteri : “Hari ini ada pilihan lauk untuk makan.” 

 Suami : “Apa lauk yang ada malam ini?”

Isteri : “Telur goreng.” 

 Suami : “Ada lagi? Kan kata ada pilihan.” 

 Isteri : “Awak boleh pilih makan atau tak makan.”
Terdapat seorang pesakit wanita di hospital sakit jiwa. Setiap hari, dia akan memakai pakaian warna hitam dan memegang payung hitam bercangkung di pindu hadapan hospital. 

 Doktor berpendapat :  Untuk menyembuhkannya, mesti bermula dari memahaminya. 

Oleh itu, doktor juga memakai pakaian hitam, memegang payung hitam, dan dia bercangkuk bersama pesakit wanita. 

Mereka berdiam diri selama sebulan, akhirnya pesakit tersebut bercakap dan bertanya doktor : “Awak cendawan juga ke?”
Seorang doktor di hospital sakit jiwa bertanya kepada pesakit : “Jika saya memotong salah satu telinga awak, apa yang akan terjadi?” 

 Pesakit menjawab : “Saya tidak dapat mendengar.” 

 Doktor kata : “Ok, dah baik pulih.” 

 Doktor bertanya lagi : “Apa yang akan terjadi jika saya memotong telinga anda yang satu lagi?” 

 Pesakit menjawab : “ Saya tidak dapat melihat barang.”
A :  Apa yang orang tu buat? 

 B :  Dia bergegar 

 A :  Kenapa dia bergegar? 

 B :  Kerana dia sejuk. 

 A :  Oh, rupa-rupanya bergegar boleh hilangkan rasa sejuk. 

 B :  ...
Suatu hari seorang nenek tua menaiki bas. Nenek tua tidak tahu jalan dan tidak tahu bila hendak turun dari bas.

Nenek tua menunjuk ke tangan pemandu dan bertanya : “Mana ni?”

Pemandu :  “Tangan saya”
Guru muzik sedang memainkan lagu Beethoven dalam kelas muzik. 

Ali bertanya Rahman: "Awak faham muzik?" 

 Rahman : "Ya" 

Ali : "Awak tahu tak apa yang guru bermain sekarang?" 

Rahman : "Piano."
Saya bangun untuk memberikan tempat duduk wanita hamil, dia melihat saya dengan pelik.

Tiba-tiba dia menjerit : “Saya gemuk!”
Gadis sedang menanya teman lelakinya......

Gadis : "Kenapa ada seorang gadis yang menjawab telefon bimbit awak semasa saya kol awak hari tu?”

Lelaki : “Tak mungkin! Salah faham ke?”

Gadis : “Bukan salah faham! Dia kata ‘nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi, sila panggil sebentar lagi.’ Siapa perempuan tu?!”
Terdapat satu keluarga, yang setiap ahli keluarga sangat malas.
 Bapa memanggil ibu untuk buat kerja, ibu akan memanggil anak lelaki yang buat. 
Anak lelaki akan suruh adik perempuan yang buat. 
Adik perempuan pula akan suruh kucing yang buat.

Pada suatu hari, tetamu datang ke rumah mereka. Mereka ternampak kucing mereka sedang buat kerja rumah. 

Mereka sangat hairan dan bertanya kuching : “Awak pandai buat kerja rumah?”

Kucing : “Shhhh! Jangan bagi tahu mereka yang saya pandai bercakap. Kalau tidak, mereka akan suruh saya untuk menjawa telefon!”
Ahmad berhutang lintah darat sebayak 20 ribu. Ahmad tidak mampu untu menjelaskan hutang dia dan dia meminta lintah darat untuk memanjangkan tempoh pembayarannya.

Lintah darat : “Saya bagi awak 3 hari untuk jelaskan hutang awak. Kalau lewat satu hari, saya potong dua jari awak, dua hari, potong empat jari, kalau tiga hari......”

Ahmad : “Tak perlu bayar??”

Lintah darat : “Bukan! Awak akan jadi Doraemon!”