malay jokes

Sorting: Latest | Popular | Pending
Seorang penjual datang ke rumah Ali.
Penjual: Hello, mama awak ada di rumah?
Ali: Ada.
Penjual: Baik! Pergi panggil mama awak keluar.
Ali tidak perduli penjual itu.
Penjual: Adik, mana mama awak? Kan dia di rumah?
Ali: Ya, tetapi ini bukan rumah saya.
Ibu: Siapakah budak terbaik di dalam kelas kamu?

Ah Meng: Saya, mak.
Ibu: Kenapa kamu?
Ah Meng: Kerana saya yang selalu menjawab soalan cikgu.
Ibu: Siapakan pula yang paling teruk dalam kelas?
Ah Meng: Cikgu kerana dia selalu bertanya soalan.
Seorang pemabuk terjatuh ke lantai dari tingkat kedua. Polis bertanya: Apa yang berlaku? Pemabuk itu balas: Apa? Saya pun tak tahu. Saya tiba di sini tak lamak.
Seorang orang tua terjatuh ke dalam sungai. Penyelamat menyelamatkan orang tua itu cepat. Setelah orang tua itu diselamatkan, orang tua kata: Aduhai, saya terlupa saya pandai berenang!
Adik ular: Kak,kak,adakah kami beracun?

Kakak ular: Kenapa adik?
Adik ular: Saya tergigit lidah saya.
Ali : Siti, tolong derma sikit...

Siti : Derma untuk apa?

Ali : Derma untuk rumah orang-orang tua. Apa-apa pun boleh diderma.

Siti : Tunggu kejap, saya panggil datuk saya....
Suami : Kenapa awak menangis?

Isteri : Sedihlah baca buku tu...

Suami : Buku apa tu yang sedih sangat?

Isteri : Buku bank...
Saya telah membaca banyak artikel dan bacaan yang menjelaskan tentang bahaya dan keburukan merokok. 

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk henti membaca...
Ali : "Moyang saya berperang melawan Portugis. Datuk datuk saya berperang melawan Jepun."

Ahmad : "Rupa-rupanya keluarga awak tak boleh bertolak ansur dengan orang."
Ali dan Ahmad sedang berada di klinik untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor : "Kenapa dengan kamu?"

Ali : Saya tertelan guli, doktor.

Doktor : "Awak pula?"

Ahmad : "Saya menunggu guli saya dikeluarkan."