malay jokes

Sorting: Latest | Popular | Pending
3 minggu : Cantiknya awak, apa apa yang dipakai tetap cantik.

6 bulan : Beli baju baru lagi?

10 tahun : Baru berapa hari dah beli baju baru?!
3 minggu: Sayang, sekejap lagi I balik. Nanti I belikan pisang goreng untuk sayang.
6 bulan : Tunggulah, traffic jam nii!
16 tahun : Langsung tak SMS
Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi。

"Saya ingin menimbang berat bayi ini, tapi penimbang ini macam bukan untuk bayi."

"Memang pun. Penimbang ini untuk dewasa. Tetapi kita boleh juga dapat tahu berat bayi ini. Cara dia senang saja. Ibu menimbang berat badan sambil mendukung bayi. Lepas tu, timbang lagi sekali tanpa bayi. Bolehlah tahu berat bayi." 

"Emm, tapi saya rasa tak boleh juga. Sebab saya bukan ibu bayi ini, saya mak cik kepadanya."
Ali dibagi tahu doktor bahawa dia menjangkiti penyakit selsema burung. Doktor memberi tahu ayah Ali cara mengelakkan penyakit tersebut disebar.

Doktor : "Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."

"Tapi, doktor," kata ayah. "Dia telah mencium pembantu rumah kami." 

"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."

"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." 

"Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." 

"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." 

"Aduhhh!"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."
Apabila kentut :
Orang Amerika : EXCUSE ME
Orang British : PARDON ME
Orang Singapore : FORGIVE ME
Kita : NOT ME! NOT ME!
Seekor kuda berlajan di tepi pantai. Semakin jalan, ia semakin mendekat dengan laut. Akhinya, ia menjadi seekor seahorse...
Dalam peti ais ada dua batang hot dog. Salah satu hot dog sangat sejuk, ia sambil bergegar dan berkata : "Sejuknya!"

Sebatang hot dog yang lain sangat terkejut dan berkata : "Awak hot dog, kenapa awak boleh bercakap?"
Apakah nama benda yang mempunyai empat kepala dan satu kaki?

Hantu yang mempunyai empat kepala dan satu kaki...
Terdapat dua orang ni terjatuh dalam sebuah lubang yang sangat dalam. Yang dah mati tu dipanggil mayat. Yang masih hidup tu panggil apa?

Panggil apa lagi, mestilah panggil 'Tolong!!!'
Apa yang akan terjadi jika sebiji kacang hijau terjatuh dari tingkat 10?

Dia akan menjadi sebiji kacang merah...