malay jokes

Sorting: Latest | Popular | Pending
Isteri : Saya patut dengar nasihat ibu saya supaya tidak berkahwin dengan awak!

Suami : Apa?! Ibu awak tidak izinkan awak untuk berkahwin dengan saya?

Isteri : Memang pun!

Suami : Awak sepatutnya mendengar nasihat ibu awak!
Kelas Ali datanglah seorang pelajar perempuan baru. Pelajar perempuan ini sangat cantik dan Ali sangat tertarik olehnya.

Demi menarik perhatian perempuan tersebut, Ali sengaja berbatuk di depan perempuan itu. 

Berapa hari kemudian, perempuan tersebut bertanya Ali : Batuk awak dah sembuh?"

Ali sangat gembira kerana di berjaya menarik perhatian perempuan tersebut.

Perempuan : "Sila jauhkan diri awak dari saya. Awak masih batuk."
Pada suatu hari, saya dan ibu pergi ke pusat membeli-belah untuk berjalan jalan. Tiba-tiba, perut saya sangat sakit dan saya tidak dapat menahan lagi. Depan mata saya hanya ada sebuah tandas tetapi ia hanya khas untuk orang kurang berupaya.

Ibu berkata : Masuk saja lah, awak ni sakit mental dikira orang kurang berupaya juga...
Satu hari, saya sedar akan telefon bimbit kawan saya tertinggal di rumah. Selepas itu, saya menghantar mesej kepadanya bahawa telefon bimbit dia tertinggal di rumah.
Dua orang wanita cuba pakaian di dalam bililk persalinan.
A: Kak, cantikkah baju ini yang saya pakai?
B: Memang cantik, kalau kamu menutup muka kamu lebih cantik.
Cikgu : Tahniah! Awak telah mendapat keputusan yang cemerlang..

Ali : Terima kasih cikgu.

Cikgu : Apakah rancangan awak selepas ini?

Ali : Balik ke rumah.
Lelaki : Perbuatan awak semakin hari semakin seperti bekas teman wanita saya.

Gadis : Bukan kah saya cinta pertama awak?

Lelaki : Memang pun...
Pelanggan : Kenapa mee sapi awak ni tak ada daging sapi?

Peniaga : Mestilah, takkan kuih bulan tu ada bulan dalamnya?
Anak : Ayah, saya ada berita baik untuk ayah... Ayah tak payah berbelanja untuk saya masuk ke universiti!

Ayah : Kenapa? Awak dapat biasiswa?

Anak : Bukan... Sebab saya gagal untuk masuk ke universiti sebab keputusan saya teruk...
Ayah : Awak lebih baik belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan kali ini, kalau awak gagal lagi, awak tak payah panggil saya AYAH lagi.

Selepas seminggu....

Ayah : Macam mana dengan peperiksaan awak?

Anak : Hancur Abang!!